Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH buat Arwah ust Asri Rabbani dan semua Umat yg telah kembali ke Rahmatullah......




Ketua kumpulan Rabbani,MUHAMMAD ASRI IBRAHIM berusia 40 tahun telah meninggal dunia di Hospital Pantai,Bangsar Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi tadi akibat komplikasi jantung.
Arwah pengsan setelah 20 minit terlibat dengan rakaman Program Syahadah di Angkasapuri sebelum di bawa ke Hospital.Menurut salah seorang ahli kump Rabbani,Allahyarham mengalami muntah-muntah & sakit sejak dari awal suboh lagi.
Sewaktu sampai di Angkasapuri,Allahyarham telah mula lemah tetapi masih ingin meneruskan Rakaman program tersebut.
Difahamkan,Jenazah beliau akan di bawa & dikebumikan di Bukit lancong,Shah Alam selepas ini.
Turut kelihatan,Ibu Beliau dan beberapa Pegawai dari Kementerian Penerangan,Komunikasi,& Kebudayaan berada di Perkarangan Hospital Pantai,Bangsar.

Ketua Kumpulan Nasyid yang popular dengan lagu " Pergi Tak Kembali " itu dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang,Selangor.Telah menyertai Kumpulan Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac tahun 1997 dan dianggotai 9 orang........


AL-FATIHAH

3 comments:

  1. Al-Fatihah utk arwah.. :(

    ~pergi tak kembali...

    ReplyDelete
  2. dari Dia kita datang..
    kepada Dia juga kita kembali..
    itu sudah pasti..
    alfatihah..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah.. setiap yg bernyawa pasti akan mati/meninggal satu hr nnti..

    ReplyDelete